BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Jika saya ingin membeli susu untuk anak saya yang berumur 3tahun, ada banyak jenis susu yang harga lebih murah dan diiktiraf halal oleh jakim tetapi di keluarkan oleh orang bukan islam, dan ada juga susu yang ada halal jakim yang harganya lebih mahal tetapi dikeluarkan oleh orang islam. Dari segi hukum, bolehkah saya membeli susu keluaran orang bukan islam yang lebih murah untuk diberi kepada anak sedangkan dalam masa yang sama ada keluaran susu oleh orang islam?. Dalam syara', orang islam itu telah menunaikan fardhu kifayah kerana menjadi wakil islam dalam mengeluarkan produk susu,dan adakah jatuh fardhu ain bagi orang islam sekeliling untuk membeli daripadanya kerana mencari yang halal itu adalah perkara yang fardhu. Memang kedua susu itu diiktiraf halal oleh jakim akan tetapi satunya bersyahadah sebab islam dan satunya lagi tidak bersyahadah sebab bukan islam,dan semestinya konsep taharah islam meraka tidak tahu.Harap dapat memberi jawapan yang terbaik.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Tidak salah dan tuan boleh membeli produk susu keluaran bukan muslim yang telah diberi pengiktirafan Halal (JAKIM) kerana harganya lebih murah. Dari segi kemampuan, ia bergantung kepada pilihan tuan untuk memilih, samada produk keluaran muslim atau bukan muslim. Bantu usahawan muslim jika mampu ia lebih utama. 2. Bagi produk keluaran bukan muslim yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM, dari segi taharahnya mereka juga telah dipantau dan diselidik oleh pegawai yang menjalankan proses persijilan mengikut syarat yang ketat sebelum sesuatu sijil layak dikeluarkan. Justeru, tidak menjadi fardhu ain untuk beli, apa yang penting carilah yang halal lagi baik. Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik” (al-Baqarah : 168) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 163

message user image