BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya, adakah jatuh haram sekiranya seseorang yang melaungkan azan tetapi sebutan makhraj nya salah dan dia tidak pernah belajar. Contoh kalimah Allahuakbar itu dipanjangkan baarrrrrrr nya, dan kalimah haiyalassolahhhh tetapi dia menyebut haiyaalassolaaaa (hilangnya huruh ha).. dan lagi satu pertanyaan, adakah halal ayam yang disembelih dengan rukun yang betul tetapi sesudah disembelih, ayam itu dicampakkan dalam 1 bekas yang kecil dan menyebabkan ayam itu mati kerana lemas dan ada ayam selepas disembelih terus dicampak kedalam bekas yang mengandungi air panas untuk membuang bulu,sedangkan ayam itu belum benar benar mati dan akan menyebabkan ayam itu mati kerana lemas dalam air panas,adakah ia bertentangan dengan matan hadis yang menyebut apabila haiwan disembelih, berilah ia ruang yang luas untuk dia berehat.Harap dapat penjelasan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebutan azan yang salah dikhuatiri mengubah makna asal yang boleh menyebabkan tidak sah. Justeru, bilal berkenaan perlulah belajar/ berkursus bagi memantapkan ilmu tentang azan yang betul. Bagaimana pun peringatan itu hendaklah dilakukan dengan berhikmah. Berkenaan ayam, jika tuan yakin ayam yang mati itu adalah mati disebabkan sembelihan, maka harus dimakan. Wajib pastikan haiwan benar-benar mati. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Ya’la Shaddad bin Aws RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda; إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat baik atas setiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah secara baik. Apabila kamu menyembelih haiwan, sembelihlah dengan cara yang baik, maka hendaklah kamu menajamkan pisaunya dan merehatkan sembelihannya (dengan mempercepatkan) sembelihan.” (Riwayat Muslim) Bagi maksud merehatkan haiwan sembelihan, sebagaimana Imam al-Nawawi dalam kitabnya Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim menyatakan tentang hadith ini bahawa ; “Hendaklah direhatkan haiwan sembelihan itu dengan cara menajamkan pisau dan menyegerakan proses sembelihan ke atas haiwan itu. Dan disunatkan untuk tidak menajamkan pisau di hadapan haiwan yang ingin disembelih serta disunatkan juga agar tidak menyembelih haiwan, dengan keberadaan haiwan yang lain”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 193

message user image