BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Si suami kerap keluar dengan kawan2 dan balik lewat. Suatu hari isteri ugut, melalui whatsapp : “klu balik lewat akan jatuh talak.” Kalau suami balik lewat juga adakah talak itu jatuh?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz taklik adalah perjanjian yang dilafazkan oleh suami kepada isteri, jika lafaz tersebut adalah dari isteri maka lafaz tersebut tidak akan berlaku sebagai taklik, maka talak tidak akan jatuh. Sebaiknya, permasalahan ini perlu dirujuk segera bagi mengetahui status lafaz di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 241

message user image