BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya hendak bertanya jika suami melafazkan "aku lepaskan kau" adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz “aku lepaskan kau”, adalah lafaz kinayah jika suami berniat menceraikan isterinya, maka boleh jadi thabit talak tersebut. Jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya, tidaklah jatuh talak tersebut. Pengesahan lafaz cerai hanya boleh diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah sahaja. Oleh itu, pasangan suami isteri tersebut perlu segera hadir ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran bagi membuat pengesahan berkaitan lafaz tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 139

message user image