BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya soalan permasalahan dalam rumah tangga kakak saya, beliau memerlukan bantuan dan nasihat bagaimana kah mahu berhadapan atau berterus terang dengan anak sulung nya tentang status anak tidak sah taraf. Memandangkan anaknya sudah besar dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi (anak perempuan). Didalam surat beranak anak nya berbintikan ayah biologi nya. Walhal Kakak saya telah pun mengandung 6++ bulan semasa mereka akad nikah. Mohon jawapan dan nasihat. Terima kasih...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan soal hukum hakam, tiada perkara yang boleh disembunyikan. Malah berdosa sekiranya perkara ini masih disimpan dan tidak dijelaskan, kerana akan lebih merumitkan di masa hadapan. Bagi anak yang tidak sah taraf, tidak boleh dinasabkan (dibintikan) kepada bapa biologinya. Berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor, berkenaan pindaan terhadap Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1957 berhubung anak tak sah taraf, puan boleh merujuk kepada link berikut: http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/880-pindaan-terhadap-seksyen-13-akta-pendaftaran-negara-1957-berhubung-anak-tak-sah-taraf Justeru, bapa biologinya tidak boleh menjadi wali kepada pernikahan anak perempuannya. Mesti menggunakan Wali Hakim. Sebaiknya puan bolehlah menasihati kakak dan membawa perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 77

message user image