BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: adakah cabutan bertuah boleh dikira sebagai judi?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, cabutan bertuah boleh dikira sebagai judi jika terdapat elemen seperti berikut : i. Dikenakan bayaran ke atas cabutan. ii. Wujud penganiayaan bagi peserta yang tidak mendapat cabutan walaupun telah membuat bayaran. iii. Cabutan yang dibuat ada unsur tersembunyi. iv. Menjual nombor cabutan dan seumpamanya. Namun, jika tiada elemen ini, maka ia bukan judi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 176

message user image