BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan berkaitan wali nikah. Sekiranya pasangan itu pernah terlanjur dan ingin menikah tetapi tanpa pengetahuan bapa si bapa perempuan, adakah sah pernikahan itu dengan menggunakan wali hakim?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, anak perempuan yang berkahwin tanpa pengetahuan walinya adalah tidak sah, kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah pernikahan. Lebih-lebih lagi apabila ayah kandungnya masih hidup. Ayah kandung merupakan wali mujbir. Justeru, anak perempuan yang hendak bernikah mestilah mendapat persetujuan walinya. Pernikahan yang menggunakan wali hakim, sedangkan ayahnya masih hidup adalah tidak sah. Wali Hakim adalah bagi pernikahan yang mana seorang perempuan itu tidak mempunyai wali, seperti anak tidak sah taraf, anak angkat yang tidak diketahui walinya, wali yang enggan menikahkan anak perempuannya dan sebagainya, tertakluk kepada enakmen dan prosedur pernikahan bagi setiap negeri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 329

message user image