BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya minta agar panel dapat menjawab soalan saya. Saya terpaksa buka aib arwah ibubapa saya kerana ingin mnyelesaikan masalah harta pusaka. Arwah emak saya telah terlanjur dengan orang lain dan mengandung sebelum berkahwin dengan ayah saya, tetapi emak saya telah bersalin selepas berkahwin dengan ayah dan mengurniakan anak lelaki iaitu abang saya yang sulung. Setelah emak dan ayah saya meninggal, adakah abang saya yang sulung dapat hak harta pusaka ayah saya? Ayah saya seorang peneroka felda dan kami sebagai anak2 telah mendapat hasil dari arwah saya iaitu gaji felda pada setiap bulan. Disini saya ingin menanyakan adakah abang saya selaku abang tiri dapat bahagian dari hasil gaji tersebut? Saya memohon agar pihak panel dapat menjawab soalan saya secepat mungkin. Sekian.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, bagi anak yang tidak sah taraf dari segi syarak, mereka hanya boleh mewarisi harta pusaka ibu kandungnya sahaja. Terdapat hadith yang diriwayatkan daripada Amr bin Suaib dari ayahnya dari datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja seorang lelaki yang berzina dengan perempuan merdeka atau perempuan hamba sahaya maka anak itu adalah anak zina, dia tidak mewarisi harta pusaka dari ayahnya dan tidak di warisi." (Riwayat at-Tirmizi) Justeru, abang sulung layak mendapat harta pusaka sebelah arwah ibu sahaja yang difaraidkan bersama adik-beradik seibu. Manakala harta pusaka sebelah arwah ayah, abang sulung tidak boleh menerimanya kerana bukan nasab, melainkan wasiat (jika ada). Namun, jika adik-beradik ingin menyerahkan secara hibah bahagian masing-masing, maka ia diharuskan. Adapun, pengurusan faraid ini bolehlah dirujukkan ke Baitulmal atau Majlis Agama Islam Negeri yang berhampiran untuk penjelasan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 292

message user image