BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya bahawa ayah saya telah mengikuti sebuah aliran sesat yang mendakwa bahawa tahun hadapan ialah tahun terakhir umat Islam menyambut Hari Raya kerana selepas itu Akan terjadinya bencana alam dan kemarau panjang, dakwaan kedua bahawa para wali Allah yang menyampaikan rencana Dari Allah dan berkata bahawa mereka yakni para wali tersebut terus dengan Allah, dakwaan Yang ketiga bahawa Nabi khidir Masih hidup hingga ke Hari ini, dakwaan Yang terakhir bahawa mereka ialah tentera imam Mahdi nama aliran tersebut ialah perguruan Al qubra jadi terima kasih atas jawapan Yang diberi...


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan pernyataan yang dikemukakan, ia bukan mengikut ahli sunnah wal jamaah yang sebenar. Ini kerana manusia tidak mengetahui perkara yang berlaku pada masa hadapan, kerana hanya Allah SWT sahajalah Yang Maha Mengetahui. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (dari hal-hal dunia), dan apa yang di belakang mereka (dari perkara akhirat); sedang mereka tidak mengetahuinya secara meliputi”. (Taha : 110) Justeru, jika tuan ingin mendapatkan penjelasan berkenaan aliran tersebut, bolehlah mengemukakan perkara ini terus ke Unit Penyelidikan dan Pembangunan, Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk siasatan dan tindakan lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 105

message user image