BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah taraf hubungan anak lelaki tiri dengan ibu tiri. Apakah terbatal air sembahyang ibu tiri jika menyentuh anak tiri lelaki?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hubungan ibu tiri dengan anak tiri lelaki adalah mahram disebabkan perkahwinan ibu tiri tersebut dengan ayahnya, jika telah melakukan hubungan kelamin. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu .” (an-Nisa’ : 22) Justeru, tidak batal air sembahyang ibu tiri jika menyentuh anak tiri lelaki tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image