BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz, kawan saya kematian ayahnya apakah dia perlu buat dengan harta peninggalan ayahnya itu mengikut keutamaan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan, warisnya hendaklah menyelesaikan dahulu segala urusan yang berkaitan dengan hutang, zakat, fidyah, urusan jenazah dan pengkebumian si mati serta wasiat (jika ada) sebelum difaraidkan kepada waris yang layak. Jika si mati ada meninggalkan wasiat pula, ia tidak boleh diambil melebihi 1/3 daripada harta si mati. Sebaiknya, kawan puan juga boleh dapatkan maklumat berkenaan pembahagian harta peninggalan ayahnya melalui Unit Faraid, Majlis Agama Islam Negeri yang berdekatan untuk penjelasan selanjutnya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 284

message user image