Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum w.b.t., saya Amirul Syazny ingin bertanya beberapa persoalan berkaitan perkahwinan. saya cerita sedikit sebelum pertanyaan. Sepupu saya ingin berkahwin dengan lelaki warga pakistan dan bekerja di oman dah berbelas tahun, tapi kami terhalang dengan masalah keluarga yang tidak ingin sepupu sy ini bernikah walaupun umur sepupu saya telah berusia dalam anggaran 54 tahun. Persoalan: 1) Bolehkah mereka kahwin menggunakan wali hakim tanpa meminta kebenaran orang tuanya? 2) Saya tidak pasti mengenai hal ini, tapi saya ada terbaca setelah berumur 45 tahun keatas lagi mudah untuk bernikah tanpa kursus nikah kan? 3) Sepupu saya janda pada usia dia muda lagi, sudah lebih 15 tahun dia janda. Harap agar pihak tuan dapat membantunya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan: 1. Harus bernikah menggunakan wali hakim jika cukup syarat-syaratnya. Mereka boleh membuat permohonan wali hakim di Mahkamah Syariah yang berhampiran. Menggunakan wali hakim disebabkan wali enggan menjadi wali, perlu mendapatkan kebenaran dari Hakim Syarie. Tambahan pula, dia merupakan seorang janda, bukan gadis bujang. 2. Benar, tuan boleh rujuk di link berikut : http://www.jais.gov.my/content/kursus-kahwin 3. Berkenaan urusan dan prosedur perkahwinan bagi janda, boleh terus ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.