Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah sah perkahwinan apa bila lafaz 'tunai' diucapkan semasa akad walhal mas kahwin tersebut adalah hutang dimana pihak lelaki pinjam duit bakal isteri untuk teruskan perkahwinan.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, pernikahan yang menggunakan duit mas kahwin yang dipinjam terlebih dahulu adalah sah. Ini kerana isu hutang tersebut berlaku disebaliknya, di antara pihak pengantin lelaki dengan bakal isterinya sahaja bagi meneruskan perkahwinan. Namun, ketika pernikahan ia dianggap tunai kerana diberikan pada waktu itu juga. Adapun, jika pengantin perempuan sendiri redha diberi mas kahwin secara hutang semasa majlis akad nikah berlangsung, maka akad juga akan dilafaz secara hutang. Pengantin lelaki wajib membayarnya selepas itu. Dan ia akan direkod dalam surat nikahnya bahawa mas kahwinnya adalah hutang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.