BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ibu saya mop rumah yang saya tahu lantainya bernajis hukmi. Ada benda terjatuh ke lantai lalu di mengambilnya. Jadi tangannya bernajis hukmi. Saya tahu dan yakin selepas itu dia akan mencuci mop dan air akan mengalir dan cuci tanggannya juga. Selepas mop dia mandi. Tetapi saya tidak pasti jika dia menyentuh paip air sebelum mencuci tangan yang bernajis dan selepas mencuci menyentuh paip air yang bernajis hukmi semula. Menyebabkan tangannya kembali bernajis. Sekarang ini saya was was yang segala yang dia pegang adalah bernajis. Adakah pendapat saya bahawa segala yang di sentuh bernajis betul? Apa yang harus saya lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, bagi mengatasi masalah tersebut, pertamanya saudari perlu menghilangkan rasa was-was diantara satu sama lain. Lantai yang telah dimop dan tangan ibu yang telah dicuci tidaklah lagi bernajis. Justeru, tangan yang menyentuh paip dan apa-apa yang disentuh selepas tangannya suci dari najis adalah suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 192

message user image