BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Soalan saya, Saya suka kumpul action figure atau mainan seperti robot, dragon ball & sebagainya. Cuma saya ingin lebih jelas mengenai simpan barang-barang seperti ini dalam rumah. Sebab ada saya dengar Malaikat tidak masuk rumah, seolah-olah "berhala". apa hukum saya simpan & kumpul koleksi tersebut sebagai hobi & minat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, barangan seperti robot yang disimpan dalam rumah menjadi sebab malaikat tidak masuk rumah. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Abu Talhah al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ Maksudnya : “Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung” (Riwayat Muslim) Adapun jika robot tersebut menjadi mainan bagi anak-anak atau model pembelajaran/ rekacipta teknologi yang sedang berkembang adalah diharuskan, selagi mana tidak mengagung-agungkan koleksi robot tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 66

message user image