BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah terima fadilat yang dilakukan bagi orang yang pergi solat jumaat dan perjalanan dari rumahnya ke masjid jauh lalu dia tengok khutbah secara langsung di media sosial (dalam kenderaan) lalu dia sampai masjid dan terus menunaikan solat jumaat. adakah diterima fadilat amalnya(pahala) seperti ia duduk mendengar khutbah di masjid...?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mendengar khutbah secara live dalam kenderaan adalah sesuatu yang digalakkan berbanding mendengar benda-benda yang tidak bermanfaat. Walau bagaimanapun, tidaklah sama antara orang yang mendengar khutbah di luar masjid dengan di dalam masjid. Ini kerana, terdapat pahala yang besar bagi orang yang mendengar khutbah sambil beriktikaf di dalam masjid. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 160

message user image