BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Seorang hamba Allah ni, dia kerja offshore, atas kapal. Dia terpegang berus bulu babi, dan tidak ada tanah di atas kapal untuk samak. Apa alternatif lain yang boleh digunakan selain tanah untuk kegunaan samak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, ulama’ al-Syafi’eyyah berpandangan bahawa wajib menggunakan tanah bersama air pada menyucikan najis anjing, khinzir dan apa yang lahir daripada keduanya. Mereka beristidlal dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda: طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ, أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ Maksudnya : “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan basuhan yang pertama dengan tanah” (Riwayat Muslim) Bagi keadaan di mana sukar untuk mendapat tanah seperti di tengah lautan, maka diharuskan untuk mengganti tanah dengan sesuatu yang boleh mengambil tempatnya pada zaman ini dengan benda-benda moden yang dapat menyucikan. Adapun, bagi meraikan pendapat mazhab Shafi’e, sebaik sahaja tiba di daratan hendaklah disertu tangan menggunakan tanah, ini kerana penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih diutamakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 191

message user image