BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya selalu berangan-angan untuk mendapat anugerah cemerlang perkhidmatan. Dalam keadaan bergurau, saya pernah menyatakan bahawa sekiranya saya dapat anugerah tersebut, saya terpaksa bagi kepada rakan saya kerana dia seorang yang sangat rajin. Rezeki menyebelahi saya, saya dapat anugerah tersebut dan wang tunai seribu ringgit sahaja. Saya telah menderma wang tersebut, dan masih ada rm100, perlu kah saya memberikan kepada rakan rm100 tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika semata-mata bergurau, ia tidak wajib untuk beri. Kerana tidak dikira sebagai nazar atau janji. Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.” (al-Maaidah : 89) Bagaimanapun, syarat nazar mestilah disertakan dengan nama Allah SWT yang disertai dengan azam untuk melakukannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 134

message user image