BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya 4 soalan mengenai ibadat umrah: 1. Semasa tawaf mendukung anak apabila anak berak adakah kena ulanggi tawaf? 2. Selepas tawaf dan saie terdapat tahi burung pada kain ihram. Adakah kena ulangi tawaf dan saie atau tawaf sahaja? 3. Semasa tawaf boleh kah kita bawa kasut bersama kerana khuwatir kasut hilang? 4. Seorang tanpa uzur sharie ingin tawaf umrah dengan kerusi roda. Adakah sah tawaf nya? 5. Setelah saie seorang tu dapati tawaf dia kurang satu atau terasa was was. Adakah dia wajib mengulangi tawaf dengan saie atau ulang tawaf sahaja sekali bagi mencukupi kekurangan? 6.Sekiranya setelah tahlul di dapati tawaf kurang 1. Maka wajibkah bayar dam?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Ya, rukun tawaf tersebut hendaklah diulangi semula, kerana situasi itu dikategorikan menanggung najis anak. 2. Jika najis burung itu diketahui selepas selesai tawaf, maka hendaklah ulang semula tawaf. Begitu juga dengan saie, jika didapati terdapat najis setelah saie, hendaklah ulang semula saie. Namun, jika najis itu diketahui sebaik sahaja selesai tawaf dan saie, hendaklah berbalik kepada keyakinan bahawa semasa tawaf dan saie pakaian adalah suci, jika sekadar syak kaedah fiqh menyebut : اليقين لا يزول بالشك Maksudnya : “Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak” 3. Boleh, dengan syarat pastikan dahulu kasut tersebut bersih dan suci daripada najis. 4. Sah tawafnya. Adapun berjalan kaki adalah sunat dan lebih afdhal. 5. Bagi situasi ini, bila wujud keraguan, dia kena احتياط. Namun, jika dia yakin memang tawaf yang dilakukan tidak lengkap tujuh pusingan, maka hendaklah ditambah bilangan yang kurang dan disambung dengan mengerjakan saie. 6. Sekiranya kurang, perlu ulang tawaf dan saie, dan bayar dam kerana bercukur sebelum selesai umrah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 370

message user image