BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya, adakah najis sedikit/najis dimaafkan dianggap suci? Adakah kenajisannya akan berjangkit jika terkena objek lain yang basah/lembab?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, setiap najis adalah najis. Adapun yang sedikit itu dimaafkan. Contohnya, seperti najis yang tidak nampak oleh mata kasar atau air kencing yang terpercik pada pakaian atau darah nyamuk yang tidak mengalir, begitu juga dengan darah/ nanah yang keluar tanpa sengaja dari bisul atau jerawat adalah dimaafkan. Najis yang jelas ‘ainnya (bendanya), jika terkena pada benda yang basah sudah tentu akan menajiskannya. Justeru, hendaklah disucikan sehingga bersih daripada najis mengikut kaedah penyucian pada setiap najis mukhaffafah, mutawassitoh dan mughallazah (مخففة، متوسطة دان مغلظة). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 318

message user image