BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah talak akan jatuh sekiranya suami berkata " u memang patut dilepaskan" dan "tunggu u balik rumah i lafazkan"


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, ayat “patut dilepaskan” yang suami ungkapkan adalah bukan lafaz cerai. Sekiranya apabila isteri balik rumah dan suami masih tidak melafazkan cerai kepada isterinya, maka tidaklah berlaku perceraian. Perceraian tidak akan berlaku selama mana suami belum melafazkan apa-apa lafaz talak terhadap isterinya sama ada soreh atau kinayah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 136

message user image