BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah kita selalu kata “Allah sudah tarik nikmat”? Sebagai contoh, dulu kita suka makan pedas tapi sekarang kita sudah tidak tahan pedas, lalu kita kata Allah sudah tarik nikmat makan pedas aku. Bolehkah selalu kata begitu dalam setiap hal yang kita sudah tidak mampu lakukan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, nikmat merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk. Berupaya makan makanan yang pedas juga merupakan salah satu nikmat pemberian daripada Allah SWT, kerana terdapat juga orang yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun, apabila seseorang yang sememangnya suka makan makanan yang pedas sebelum ini, dan kini tidak lagi mampu atau tidak boleh makan makanan yang pedas, membawa maksud “Allah telah menarik nikmat” tersebut. Kata-kata tersebut adalah sebagai peringatan buat diri, agar sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Seiring dengan pertambahan usia, sedikit demi sedikit kemampuan dan keupayaan diri seseorang semakin luput. Allah SWT berfirman : فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ Maksudnya : “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-Rahmaan : 13) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 148

message user image