BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.. Tuan saya ingin bertanya mengenai isteri bercuti "me time." Kerana isteri akan bercuti seorang diri. Dengan alasan untuk menenangkan fikiran. Suami masih sentiasa membawa isteri keluar melancong. Tetapi isteri masih inginkan bercuti seorang diri tanpa suami dan anak.. Boleh beri pencerahan dari sudut pandangan agama islam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum asal bagi wanita bermusafir adalah haram melainkan terdapat mahram bersama-sama dengannya. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW: لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم Maksudnya: “Janganlah seseorang wanita itu bermusafir melainkan bersama-sama dengan mahramnya.” (Riwayat al-Bukhari) Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا ومعها حرمة Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat bermusafir selama satu hari satu malam yang tidak disertai mahramnya”. (Riwayat al-Bukhari) Hadith tersebut menunjukkan Islam melarang wanita keluar bermusafir atau bercuti bersendirian tanpa mahram kerana Islam amat mementingkan keselamatan wanita supaya sentiasa terpelihara, terjaga keaiban serta kehormatan diri mereka. Lebih-lebih lagi jika tanpa izin suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 559

message user image