BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Seorang anak gadis telah meminta bapanya menjadi wali, namun ayahnya menasihati untuk tidak bernikah dengan lelaki yang telah beristeri dan mempunyai 5 orang anak yang masih ditanggung dengan gaji yang tidak begitu banyak. Mereka telah pergi ke sempadan tanpa pengetahuan wali perempuan dan kemudian mendaftar di Malaysia. Adakah sah nikah tersebut?Sehingga kini ibu bapa perempuan tadi masih tidak tahu


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, mana-mana pernikahan yang berlaku di luar Malaysia perlu didaftarkan semula di Malaysia. Setiap pendaftaran perlu melalui beberapa prosedur yang ditetapkan oleh pihak Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah sebelum mengesahkan pernikahan tersebut sah atau tidak. Sekiranya segala prosedur dan proses pendaftaran telah selesai, dan mahkamah mengesahkan pernikahan tersebut, serta telah didaftarkan di Pejabat Agama Islam, bermakna pernikahan tersebut adalah sah menurut syarak dan dari sudut perundangannya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat: 1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah. 2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah. 3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin di atas alasan syarak di tempat dia bermastautin. 4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakadnikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image