BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya mahu bertanya mengenai hukum islam semasa yang mengaplikasikan Qawaid Fiqhiyyah berkaitan menolak kemudharatan. saya ingin diberikan empat contoh. terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kaedah fiqh berkenaan kemudharatan yang dihilangkan (الضرر يزال) contohnya : 1. Mengharamkan rokok, kerana boleh memudharatkan perokok sendiri dan orang sekeliling. 2. Menegah daripada menderma organ (hati) atau darah jika boleh mendatangkan kemudharatan kepada dirinya pada masa akan datang. 3. Dilarang menggunakan telefon semasa memandu kerana membahayakan nyawa seperti kemalangan jalan raya. 4. Menegah daripada makan makanan yang telah rosak kerana boleh menyebabkan keracunan dan kematian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 100

message user image