Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum. Bolehkah pasangan kita menceritakan hal rumahtangga kami kepada ibu bapanya? Apakah hukumnya jika pasangan kita terlalu gemar bercerita masalah rumah tangga kepada ibu bapanya, tanpa cuba berbincang secara baik bersama pasangannya terlebih dahulu? Apakah batas-batas perkara yang boleh diceritakan kepada ibu bapa kita mengenai rumahtangga kita? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, 1. Boleh bercerita hal rumahtangga kepada ibu bapa dengan cerita yang baik-baik sahaja, bukan sebaliknya seperti mengadu itu ini dan bercerita tentang keburukan dan keaiban pasangan masing-masing. 2. Hukumnya berdosa. Sebaiknya masalah yang berlaku antara suami isteri hendaklah dibincang bersama-sama dengan hikmah. 3. Bercerita kepada ibu bapa tentang perkara yang baik-baik, minta pendapat dan nasihat mereka tentang perkara tersebut, atau jika tiada apa-apa untuk diceritakan berdiam itu adalah lebik baik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.