BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ada beritahu suami yang makciknya ada melihat payudara saya dan kami pun senyum lalu makcik cakap payudara saya kecil. Kemudian suami pun berkata: Suami : ala sama je. Saya : eh abang ni, mana boleh samakan macam tu. takut terjadi zihar. Suami : bukan, maksud abang ia sama lah. Saya : maksud abang semua perempuan ada ya Suami : haa... Maksud abang macam tu...cuma beza saiz dan bentuk.. Saya : abang bermaksud atau niat zihar ke? Suami : tidaklah. tidak ada fikir sampai macam tu pun... Saya : abang jangan main-main, itu makcik abang & abang samakan payudara saya dengan payudara makcik abang. Boleh terjadi zihar Suami : zihar kalau samakan dengan ibu. ini makcik Saya : bukan, zihar boleh terjadi kalau kita samakan isteri dengan wanita yang haram dinikahi. Soalan saya : Situasi diatas boleh disabit terjadinya zihar ke ? Kalau tidak ada niat / tidak terfikir pun ke arah zihar, boleh terjadi zihar juga ke? Risau dan rungsing memikirkannya. Mohon bantu saya ustaz sebab selepas kejadian tu, saya dan suami ada berjimak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apa yang disebut oleh suami bukanlah berniat zihar. Maka, tidaklah terjadi zihar ke atas apa yang diperkatakan oleh suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 139

message user image