Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya tentang talak Kisah nya begini, Suatu hari, si isteri mimpi yang suaminya ada perempuan lain. Jadi esok nya, si isteri bercerita tentang hal ni kepada suami. Dan suami berseloroh selepas mendengar cerita itu. Suami : "wah, awak bagi saya kawin lain ke? Sambil tergelak.. " Isteri : " amboi.. Kalau macam tu, ceraikan saya" Suami : senyum sambil spontan kata "ok". Kata suami adalah tanpa niat dan sekadar mengusik isteri dengan nada spontan selepas mendengar tentang mimpi si isteri itu. Soalan: adakah jatuh talak dalam keadaan ini?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jawapan “ok” yang suami nyatakan bukanlah ayat yang bermaksud secara jelas untuk menceraikan isteri, dan suami memaklumkan tidak berniat cerai ketika mana melafazkannya, jadi talak tidak jatuh. Bagaimanapun puan dan suami perlu segera ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan berkenaan perkara tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.