BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum makan ulat sutera dan apa hujah yang membolehkan makan ulat sagu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sama ada ulat sutera atau ulat sagu kedua-duanya adalah dilarang makan, kerana ia adalah haiwan yang menjijikkan (khabith). Berdasarkan kepada keputusan hukum Makan Ulat Mulong Dan Yang Berkaitan Dengannya, dalam Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 20 pada 1 Rabiulakhir 1433H/ 23 Februari 2012M sebulat suara menerima hukum seperti berikut :- a) Islam menganjurkan umatnya memakan makanan yang halal dan baik berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-A’raf ayat 157. b) Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah dari haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong. c) Fuqaha tidak mengharuskan berjual beli barang yang tidak suci dan tiada manfaat yang dapat diperolehi dari barang yang dijual dan sebaliknya. d) Islam menggalakkan umatnya agar berikhtiar menyembuhkan setiap penyakit yang dihidapi tanpa membiarkannya melarat. Bahkan Islam mengharuskan umatnya untuk membuat pilihan dengan mana-mana kaedah rawatan yang bersesuaian sama ada secara moden ataupun alternatif selagimana rawatan tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam seperti larangan berubat dengan bahan-bahan yang haram dan mengandungi najis. Justeru, hujahnya adalah sebagaimana fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 495

message user image