BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : JENAYAH

message user image

  Soalan

Soalan: assalammuaalikum ustazah. saya mahu tanya, saya ada kemusykilan sedikit. kawan saya sedang mengandung. tetapi dia belum lagi berkahwin, belum nikah lagi. kandungan nya baru sahaja 1 bulan. jadi haruskah kawan saya itu mengugurkan anaknyaa ? kerana kawan saya takut anaknya nanti tidak dapat di walikan oleh bapanya kerana dia anak luar nikah. ada juga saya tengok ceramah yang mengatakan kandungan di bawah 4 bulan masih boleh digugurkan kerana masih belum bernyawa. saya mengharapkan pertanyaan saya ini dapat di jawab dengan segera. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Allah SWT melarang daripada perbuatan membunuh anak-anak, berdasarkan firman Allah SWT: وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا Maksudnya: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar”. (Al-Isra’ : 31) Justeru, kawan saudari hendaklah bertaubat nasuha di atas perbuatan yang dilakukan serta tidak mengulanginya dan janganlah melakukan pengguguran ke atas kandungan tersebut. Walaupun anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya, dan tidak boleh diwalikan (jika perempuan) namun, anak itu kelak boleh mewarisi pusaka ibunya dan ibunya juga boleh mewarisi harta pusaka anaknya. Kerana nasab dan tanggungjawab nafkah bagi anak tidak sah taraf adalah kepada ibu kandungnya. Justeru, anak itu tidak berdosa dan tidak menanggung perbuatan dosa ibunya. Pelihara dan didiklah anak itu dengan baik dan kasih-sayang agar menjadi orang yang beriman dan berakhlak mulia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 212

message user image