BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya ada pertanyaan mengenai zihar, semasa saya sedang menyusui anak perempuan saya yang berumur setahun enam bulan, suami saya telah bergurau dengan menekan-nekan payudara saya dengan jari telunjuknya dan kemudian dia mengeluarkan ayat "macam pipi hawa (anak perempuan saya)". Saya kemudian terkejut kerana saya takut jatuh zihar. Tapi suami saya cakap dia tidak maksudkan hendak samakan dengan pipi anak saya. Saya harap persoalan saya ini dapat dijawab . Dan jikalau jatuh zihar, bolehkah suami terus membayar kafarah memberi makan 60 fakir miskin? Saya akhiri soalan saya dengan ucapan terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, situasi dan kenyataan tersebut bukanlah dikategorikan sebagai zihar. Lebih-lebih lagi suami bukan berniat untuk menziharkan isterinya. Justeru, tiada kaffarah dikenakan ke atas suami. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 136

message user image