BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah batal wuduknya kalau kita berbaring iaitu terlentang dengan adanya pergerakan punggung?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika sekadar berbaring terlentang dalam keadaan jaga/ sedar, tidaklah membatalkan wuduk walaupun ada pergerakan punggung. Yang dimaksudkan batalnya wuduk, adalah disebabkan pergerakan punggung ketika seseorang yang tidurnya mengiring. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA., bahawa beliau melihat Rasulullah SAW tidur dalam keadaan sujud sehingga berdengkur atau berkeruh, kemudian baginda bangun dan solat. Lalu saya berkata : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ Maksudnya : “Ya Rasulullah SAW, engkau telah tidur. Jawab baginda, Sesungguhnya wuduk itu tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja, kerana orang yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai”. (Riwayat at-Tirmizi) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 714

message user image