BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: saya mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan. Disamping itu saya ada seorang ibu dan 2 adik lelaki dan 2 adik perempuan. bagaimana pembahagian harta berdasarkan faraid. TQ


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pembahagian faraid jika suami yang meninggal terlebih dahulu, maka ibunya mendapat 1/6 bahagian, dan seorang anak perempuan mendapat 1/2 bahagian. Berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. (an-Nisaa' : 11) Manakala isteri pula mendapat 1/8 bahagian, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. (an-Nisaa' : 12) Manakala adik-beradik lelaki adalah asobah iaitu menerima baki faraid sekiranya masih ada dan adik-beradik perempuan pula terdinding. Walau bagaimanapun, ahli waris boleh mengemukakan permohonan ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk mendapatkan sijil dan penentuan pembahagian faraid. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 70

message user image