Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya jika sesorg itu tidak menepati akad yang dipersetujui dalam proses jual beli.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, jika begitu keadaanya, hukumnya adalah tidak sah jual beli tersebut, dan tidak terjadi proses jual beli kerana tidak menepati akad yang dipersetujui di antara penjual dan pembeli. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam RA., bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak pilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama keduanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan terus-terang menjelaskan (keadaan barang yang diperjual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (cacat masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka." (Riwayat Muslim) Masing-masing diberi pilihan خيار. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.