BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya seperti berikut, Pelancong luar negara yang bukan Muslim bergambar di luar kawasan masjid perlu membayar yuran masuk luar kawasan masjid, yuran tersebut dikira pungutan yang halal atau haram?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kutipan yuran tersebut adalah halal jika dimasukkan dalam tabung masjid, digunakan untuk pengurusan masjid itu dan bukan kegunaan individu/ sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 109

message user image