BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin mengajukan soalan berkaitan taklik di mana baru-baru ini berlaku pertengkaran antara saya dan isteri. Dalam pertengkaran itu, saya telah melafazkan taklik iaitu "setapak keluar dari rumah ini maka jatuh talak 1". Tujuan saya melafazkan taklik itu hanya ugutan kepada isteri saya disebabkan beliau telah mengemas baju untuk keluar dari rumah. Saya menggunakan taklik itu untuk menakutkan isteri saya supaya tidak pergi meninggalkan rumah demi tujuan hendak menjauhkan diri daripada saya. Sesunguhnya saya sangat menyayangi keluarga kecil saya dan mengelakkan perceraian berlaku. Sekarang isteri saya telah berbaik semula dengan saya. Adakah taklik itu terkesan kepada kami jika isteri saya keluar rumah untuk ke kerja atau tujuan-tujuan yang lain. Hasil dari taklik itu membuatkan isteri saya redha kemarahan dia dan tidak lagi mahu meninggalkan rumah. Dalam lafaz taklik saya itu tidak menyebut keluar rumah secara umum sedangkan saya menyebut untuk mengelakkan dari dia mengambil keputusan lari keluar dari rumah bukannya menghalang untuk keluar rumah langsung. Mohon jasa baik tuan/puan pertimbangkan tujuan utama adalah lebih kearah ugutan dan ingatan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz taklik : “Setapak keluar dari rumah ini maka jatuh talak 1”, itu merupakan lafaz taklik yang sorih (jelas). Justeru, ia memberi kesan ke atas perkahwinan tuan. Oleh kerana taklik itu bersifat “mengikat” dengan perkataan “Setapak keluar dari rumah”, maka jika isteri keluar sahaja dari rumah untuk bekerja atau tujuan-tujuan lain, maka jatuh talak 1 sepertimana yang dilafazkan. Adalah dinasihatkan tuan mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi menentukan pengesahan lafaz taklik dan status perkahwinan tuan mengikut bidangkuasa pihak mahkamah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 376

message user image