BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya berkahwin dengan duda anak 5 dan bekas isteri suami tidak berkahwin lagi. Adakah tanggungjawab dari segi nafkah kepada bekas isteri sama dengan sebelum mereka bercerai? Apakah tanggungjawab yang perlu suami beri kepada bekas isterinya? Untuk anak-anak, ya saya faham nafkah tidak terputus..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi isteri yang sudah diceraikan dan masih berada dalam tempoh iddahnya, adalah masih menjadi tanggungjawab bekas suaminya untuk memberikan nafkah dalam tempoh tersebut. Adapun, jika selepas tamat iddahnya, tangggungjawab nafkahnya kembali kepada walinya/ keluarga asalnya. Namun, tidak salah jika bekas suami masih memberi sumbangan kepada bekas isterinya atas dasar ihsan dan silaturrahim. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 172

message user image