Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Saya ada pegang duit seorang pakistan yang datang ke malaysia pada tahun 2013 sebanyak 1800 usd. tidak berapa lama selepas itu dia cakap mahu pulang sekejap ke pakistan atas urusan keluarga. saya telah tukar duit tersebut di money changer dan masukkan ke dalam bank saya. sehingga sekarang saya tidak menemuinya dan telah berusaha mencari dia. tetapi tidak berjaya. apa patut saya lakukan?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, secara asasnya, duit adalah harta yang apabila digunakan ia akan hilang dan ianya tidak sama dengan harta-harta jelas seperti motosikal dan sebagainya. Aset jelas ini jika digunakan tidak menghilangkan jasad aset tersebut, berbeza dengan duit, ia akan menyusut dan seterusnya hilang. Oleh yang demikian, ia tidak harus untuk digunakan dan jika sehingga memakan tempoh yang lama, pihak tuan boleh menyerahkan duit tersebut kepada pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor untuk disimpan sebagai wang yang tidak dituntut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.