BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: ada kawan dari pakistan beli motor di malaysia. dia pakai nama saya. kemudian dia balik pakistan dan tidak dapat dihubungi. saya beri motorsikal tersebut kepada orang untuk guna sementara dia kembali. tetapi sampai sekarang dia belum kembali. sudah 5-6 tahun tidak dapat dihubungi. macam mana status motorsikal tersebut? mohon jawapan..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, harus untuk menggunakan kenderaan tersebut kerana jika ia tidak digunakan akan merosakkan motorsikal tersebut. Berkaitan dengan pemilikan motorsikal ia bergantung kepada akad semasa lelaki itu serahkan kepada tuan. Jika ia adalah peminjaman dan amanah yang perlu dipegang ia tidak harus untuk diurus niagakan (pindah milik). Tambahan pula nama pada geran motorsikal tersebut adalah nama tuan. Bagaimanapun, tempoh 5 – 6 tahun pada urufnya dikira sangat lama. Disamping memerlukan perbelanjaan penjagaannya. Oleh itu bolehlah menjualnya dan wangnya dimasukkan dalam mana-mana tabung bagi kegunaan awam. Dalam pada itu jika di kemudian harinya kawan tersebut dapat dihubungi, buatlah akad baru bagi tujuan penyelesaian agar saling meredhai. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 151

message user image