BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya telah melancong ke luar negara dan setelah ingin makan tengah hari, saya telah pergi ke sebuah kedai yang 'Muslim-Friendly' untuk makan. Disebabkan saya ingat bahawa kedai tersebut 'Muslim- Friendly' saya ingat mereka tidak menjual daging khinzir. Saya ingin mengambil makanan dan kedai tersebut jenis 'buffet'. Saya mengambil sudu untuk mengambil makanan dan terbaca notis dekat makanan tersebut yang mengatakan bahawa makanan tersebut dimasak dengan minyak khinzir. Saya cepat-cepat letakkan sudu tersebut balik dan makan makanan yang lain. Saya sedang waswas kerana saya tidak pasti terdapat kesan bau minyak dekat tangan saya atau tidak selepas menyentuh sudu tersebut. Tidak terdapat kesan minyak di tangan saya tetapi saya tidak semak jika tangan saya berbau berminyak atau tidak. Adakah saya perlu samak barang-barang yang saya telah sentuh selepas menyentuh sudu tersebut? Dan adakah saya dimaafkan kerana tidak pasti dan tidak semak jika ada najis bau minyak khinzir di tangan saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, oleh kerana tuan sendiri tidak pasti dan berasa was-was keadaan tersebut, maka tidak perlu disertu tangan dan apa-apa barang yang disentuh selepas itu, kerana kaedah fiqh menyebut : اليقين لا يزول بالشك Maksudnya : “Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak” Bermakna, jika tuan hanya sekadar syak dan tidak pasti, maka tidaklah jatuh sebarang hukum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 208

message user image