BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti, Saya berharap Tuan berada dalam keadaan sihat hendaknya. Saya mohon dirahsiakan tentang diri saya ini. Tuan boleh panggil saya Huda. Saya ada beberapa kemusykilan yang ingin ditanya kepada Tuan. Saya pernah melakukan hubungan seks bersama suami ketika belajar bersama sama di luar negara dan ianya dalam bulan Ramadhan. Kami berdua pada ketika itu sememangnya jahil tentang Kaffarah tertib ini sehingga rakan sekelas yang memberitahu. Saya pun terus mencari di internet untuk lebih lanjut tetapi masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diperolehi. Jadinya saya mengambil keputusan untuk menghantar emel. Saya dan suami melakukan persetubuhan pada bulan Ramadhan 2017 selama sehari. Saya faham ada 3 cara untuk mebayar Kaffarah: 1) membebaskan hamba 2) berpuasa 2 bulan berturut-turut 3) memberi makan kepada fakir miskin Cumanya saya ada beberapa kemusykilan: 1) bagaimana seorang perempuan itu ingin mengira tempoh 2 bulan puasanya itu sekiranya mereka didatangi haid ? 2) saya melakukan persetubuhan itu pada 2017 dan sekarang sudah 2019. Adakah saya perlu menggandakan Kaffarah yang perlu diganti ? 3) adakah saya masih perlu mengganti puasa qada'? 4) saya rasa saya tidak mampu untuk berpuasa selama 2 bulan tetapi bukan atas dasar tua atau sakit. saya tahu salah saya tapi saya rasa saya memang tak boleh untuk puasa 2 bulan. saya tahu sebenarnya tak mustahil untuk paksa diri berpuasa 2 bulan. Lagipun kami memang bersalah. Tetapi kami mengambil kira tentang perkara lain seperti kerja/ keluarga yang bertanya. jadi boleh ke saya memilih untuk memberi makan kepada fakir miskin ? 5) adakah harga memberi makan 60 orang fakir miskin di kira mengikut negara yang kita lakukan persetubuhan itu ? 6) kami sememangnya taktahu langsung tentang Kaffarah ini. Jadi apakah hukum nya buat kami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila seseorang muslim merosakkan puasa pada siang hari di bulan Ramadhan dengan melakukan jimak dalam keadaan uzur seperti ; i. Lupa bahawa dia berpuasa. ii. Jahil pengharamannya. iii. Sengaja berbuka dengan makan dan minum kemudian berjimak. iv. Dalam keadaan musafir atau sakit yang ia berhak mendapat rukhsah untuk berbuka kemudian bersetubuh. v. Menyangka bahawa waktu malam masih panjang kemudian bersetubuh dan setelah itu didapati bahawa waktu fajar telah terbit. vi. Makan dengan sengaja kerana menyangka telah masuk waktu berbuka kemudian bersetubuh. Maka semua keadaan ini diwajibkan untuk mengqada’kan sahaja sebagaimana keadaan orang yang sakit dan musafir iaitu tanpa kaffarah, tetapi berdosa. Dosanya itu tidak dapat ditebus. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA., bahawa Nabi SAW bersabda : مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ رُخْصَةٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضِ عَنْهُ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ وَإِنْ صَامَهُ Maksudnya: “Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada Ramadan tanpa sebarang rukhsah yang diizinkan Allah, nescaya tidak memadai sekalipun dia qadha’ puasa tersebut walaupun selama-lamanya”. (Riwayat al-Tarmizi) Kaffarah berpuasa dua bulan berturut-turut hanya dikenakan ke atas suami, bukan isteri. Adapun, isteri wajib qada’ puasanya yang ditinggalkan semasa persetubuhan tersebut. Jika tahu pengharaman dan tidak tahu kena kaffarah. Maka tetap dikenakan kaffarah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 195

message user image