Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Hukum menjadi ejen hartanah (Orang tengah)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum menjadi ejen hartanah (orang tengah) adalah diharuskan. Bayaran komisyen yang diterima adalah sebagai upah pekerjaannya yang berusaha untuk mencari pembeli hartanah tersebut bagi pihak penjual. Secara jelasnya, ejen merupakan wakil bagi pihak pemilik tanah. Firman Allah Swt yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (an-Nisa’ : 29) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.