Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu menjarak tempoh hubungan seks kami biasa, hambar dan tidak memuaskan saya. Frekuensi paling maksima pun 2 kali sebulan sahaja @ kadang-kadang tiada langsung. Saya telah cuba komunikasi dengan dia tapi gagal. Kadang-kadang saya rasa mahu menuntut cerai. Apa saya perlu lakukan sekarang?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, dicadangkan puan berbincang secara baik dengan suami untuk perbaiki kehidupan berumahtangga agar kedua-dua belah pihak saling memahami. Mungkin suami mempunyai masalah yang dipendam dan tidak memaklumkan kepada puan. Kemungkinan faktor kesihatan, sama ada emosi dan fizikal juga menjadi menyebab hubungan sedemikian. Justeru, adalah dicadangkan agar puan mengemukakan perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.