BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Darah daging Ustaz, apakah hukum: 1. Darah dalam daging lembu 2. Darah lembu dalam atas lantai peti ais 3. Ayah saya letak gelas di atas darah lembu dalam peti ais. Darah itu melekat. Apakah hukumnya? 4. Bagaimana pula kalau darah yang melekat itu tercampur dengan wap air yang telah terkondensasi.?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum darah yang terdapat pada daging lembu adalah suci, sebagaimana pendapat Imam al-Nawawi seperti mana yang diputuskan daripada kalam beliau dalam al-Majmu’. Ini juga sejalan dengan pendapat Imam al-Subki. Namun, perlu dibasuh setakat mana termampu sehingga bersih. Adapun, yang mengalir, maka ia najis. Justeru, buanglah darah yang telah melekat dalam peti ais tersebut agar sentiasa bersih dan kemas dari sebarang kekotoran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 168

message user image