BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh ustaz berikan susunan sebutan yang terbaik didalam doa. Cth diri sendiri, pasangan, ibu bapa, keluarga..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tatacara berdoa hendaklah dimulakan dengan bacaan Basmallah (بسم الله الرحمن الرحيم). Kemudian Memuji Allah SWt dan berselawat ke atas Nabi SAW. Sebaiknya, berdoalah untuk diri sendiri, pasangan kemudian ibu bapa, keluarga serta sekalian muslimin dan muslimat. Meliputi yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Ini dapat difahami daripada firman Allah SWT yang bermaksud : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)”. (at-Tahrim : 6) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 136

message user image