BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Ibu saya berusia 60an baru kematian suami dan sedang menjalani edah selama 4 bulan 10hari. Soalan saya, pada hari khamis nanti surau berdekatan dengan rumah ibu saya akan adakan bacaan tahlil untuk arwah ayah. Boleh tak ibu saya menghadiri majlis tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, adalah dinasihatkan agar ibu saudara yang sedang dalam iddah kematian suami untuk tidak hadir ke surau bagi majlis bacaan yasin dan tahlil arwah. Lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana terdapat larangan daripada Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu saudara boleh merujuk ke laman web berikut berkenaan Garis Panduan Bagi Wanita Dalam Iddah : http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 671

message user image