Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukumnya berniaga secara sistem dropship dari segi Islam?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jual beli secara dropship atau pre-order dikenali sebagai belian secara tempahan atau “Bai al-Salam”. Status jual beli ini menjadi sah dengan cukupnya empat rukun Bai al –Salam; i. العاقدان : Pihak yang membuat urusan jual beli tersebut, iaitu penjual dan pembeli. ii. الصيغة : Iaitu ijab dan kabul di antara kedua-dua pihak yang menunjukkan redha. iii. رأس المال. Modal atau harga. Ia adalah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. iv. المسلم فيه : Barang yang ditempah. Iaitu pihak pembeli dan penjual mengetahui berkaitan jenis barang yang dibeli secara khusus untuk tidak berlakunya penipuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.