BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya sudah bercerai dengan isteri saya. Sepanjang penceraian kami dalam iddah, kami melakukan persetubuhan. Apakah status penceraian kami?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam mazhab Syafi’i, melakukan persetubuhan dalam tempoh iddah adalah haram. Suami juga diharamkan berseronok-seronok dengan bekas isterinya yang ditalak raj’ie sebelum dirujuk. Jika tuan ingin merujuk kembali isteri, mestilah dengan lafaz rujuk, bukannya dengan melakukan persetubuhan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228:

 وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا

Maksudnya: Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (kebaikan).

Justeru, tuan hendaklah mengemukakan perkara ini terus ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk menentukan status rujuk tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 333

message user image