BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: As salam tuan, Saya ada menerima whatsapp daripada suami (Hair) seperti berikut: "2k yang terakhir i mintak u. selepas ini i tidak akan minta lagi. jika Hair minta lagi duit dari Isma walaupun RM100 maka jatuhlah talak." Seminggu kemudian, suami ada meminta untuk meminjam saya RM100 dan saya memberikannya duit itu. Pada waktu itu saya bertanyakan pada suami, bolehlah saya pinjamkan duit tersebut sebab nanti jatuh talak (takliq). Suami kata itu kalau minta duit tidak diganti. Dalam situasi ini, suami pinjam dan telah menggantikannya semula. Saya rujuk video di youtube berkenaan pembatalan takliq ini. Terdapat 1 mazhab kata dibolehkan untuk tarik balik takliq tersebut. Mohon pencerahan pihak tuan. 1) Adakah talak itu telah jatuh sebab saya sering bantu suami dari segi kewangan kerana pendapatan nya lebih kecil dari saya. 2)Bagaimana hendak batalkan takliq tersebut? 3)Apakah tindakan yang patut saya buat, saya risau saya hidup dalam dosa bersama suami sekiranya talak itu telah berlaku padahal saya masih tidak yakin dan was was.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Teks Whatsapp tersebut dikategorikan sebagai talak secara kinayah (tidak jelas). Justeru, ia memerlukan kepada niat suami (niat suami kalau minta duit tak ganti). Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor Bil.3/2003 yang bersidang pada 8 / 10 Ogos 2003 berkenaan : Hukum Cerai Melalui SMS, memutuskan bahawa: i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut: a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami b. Bahawa penerima SMS adalah isteri c. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima d. Suami berniat untuk menceraikan isteri ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah. iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah. iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri. Rujukan fatwa perceraian melalui sms : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/875-hukum-cerai-melalui-sms Oleh itu, sama ada jatuh talak atau tidak, puan hendaklah mengemukakan isu ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk tujuan pengesahan. 2. Teks lafaz talak yang ditaip dalam Whatsapp tidak dikategorikan sebagai taklik. Ia dikategorikan sebagai talak kinayah berdasarkan kepada keputusan fatwa di atas. Ia berbeza dengan taklik cerai yang memerlukan kepada lafaz secara langsung dari suami. Oleh itu, taklik tidak boleh ditarik balik apabila suami telah melafazkannya. 3. Adalah dinasihatkan agar puan dan suami mendapatkan pengesahan terhadap lafaz talak dalam Whatsapp di Mahkamah Syariah yang berhampiran, kerana pihak mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menentukannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 180

message user image