BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ustaz Ibu saya membasuh pakaian yang terkena najis dengan pakaian lain dalam satu besen. Saya takut terkena najis pada tempat lain Contohnya dalam baldi air atau pakaian ibu saya. Mesti sewaktu membasuh ibu saya menggunakan air dari baldi? Tidak bercampurkah. Saya tidak pasti


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika semua pakaian tersebut ibu masukkan ke dalam besen, kemudian dicurahkan air ke atasnya, maka sucilah pakaian tersebut. Hujahnya adalah berdasarkan fatwa al-Sheikh ‘Atiah Saqar (2006M) yang bermaksud: “Sekiranya pakaian yang terkena najis dimasukkan terlebih dahulu ke dalam bekas (baldi) dan dicurahkan air ke dalamnya, maka air basuhan itu tidak menjadi najis dan pakaian itu hukumnya suci.” Begitu juga dengan hujah daripada Fatwa Darul Ifta Mesir bertarikh 21/03/2012 iaitu : “Sekiranya pakaian dimasukkan ke dalam bekas (baldi) kemudian dicurahkan air ke atasnya; ianya memadai (suci) apabila najis itu telah hilang atau najis tersebut hanyalah najis hukmi (najis tanpa bau atau warna atau rasa)”. Tetapi, sekiranya pakaian yang bernajis dimasukkan ke dalam bekas (baldi) yang sedia ada berisi air kurang daripada dua kolah, maka pakaian itu tidak suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 181

message user image